Sunday 20 October 2013

Semakin Lama Semakin Dekat~

Pejam celik, pejam celik, tengok-tengok dah lebih kurang lima bulan eden menjejakkan kaki kat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Nak tak nak, peperiksaan akhir semester pun dah semakin dekat. Ada lagi dua minggu nak exam. Aduuuh~ pening-pening. Walaupun hanya tiga subjek yang menjadi taruhan, tetap agak sukar untuk eden skorkan 4 flat sbb ada sesetgh markah untuk kerja kursus yang eden dah hantar tu cukup2 makan je. So, i'll have to break leg for upcoming examination. And yes, jadual peperiksaan dah dikeluarkan dan eden rasa gementar la pulaa.. haishh tambah2 lagi rakan-rakan di matrik pun sedang menjalani peperiksaan jugak. Ada yang dah nangis2 stress bagai. Apapun guys, you have made the choice to go there so, you'll have to finish it! Dont give up when you already start it! Yang penting sekarang, usaha lah sungguh-sungguh.. Keputusan tu lain kira, kita berserah sahaja kepada yang Maha Esa. sesungguhnya apa yang berlaku itu bukan coincidence semata-mata tetapi telah dirancang oleh Allah SWT yang Maha Bijaksana. sabarlah dan pasrahlah dengan apa yang telah berlaku tetapi, jangan lupa untuk berusaha. ingatlah, Man Jadda, Wa Jadda. So, tak kiralah whether kita pergi IPG ke, Matrikulasi ke, UITM ke, INTEC ke, yang penting teruskan usaha dan banyakkan berdoa, jaga maruah diri, ibu bapa dan keluarga dan jadilah insan yang Berintegriti. ^^,

Rakan-Rakan IPGKPM yang ingin mendapatkan jadual peperiksaan bolehlah melayari http://ipgkpm.edu.my/portal/forum/viewthread.php?thread_id=628


Ini untuk titipan rakan-rakan PPISMP Ambilan Jun 2013



Friday 4 October 2013

Kecergasan dan Kesihatan Diri GKK 1043

Latihan Fartlek

Latihan fartlek berasal dari negara sweden. latihan ini adalah satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging dan berlari dalam kelajuan sederhana.

Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza.

Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan kebosanan.
contoh latihan fartlek
Cara melaksanakan latihan fartlek

  1. pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.
  2. pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.
  3. mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.
  4. lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.
  5. aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

P/S: mulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan. pakai pakaian yang sesuai untuk mengelak kecederaan. minum banyak air selepas aktiviti untuk mengelak dehidrasi.

sumber : teks kurikulum semakan kbsm dbp

..... disalin daripada suatu sumber khas yang boleh dipercayai. lupa nk copy nama blog dia.. -..-
saja nak tunjuk bahawasanya saya buat research nak buat kerja kursus GKK 1043.. hahaksss ^^

Tuesday 1 October 2013

Dua Oktober 2013 Saki Baki Hidupku Sebagai GP PAKK

 
Hari ini kujawab ujian Pendidikan Awal Kanak-kanak
Hanya 20 soalan saja yang menyapa mindaku tuk berfikir
Begitu senang, tapi mengapa begitu sukar?
Terdetik sedikit kekesalan di hati ku kerana tidak mengulangkaji malam tadi
Hasrat di hati sebenarnya ku ingin menambah ilmu di malam hari yang dini
Tapi apakan daya rasukan KDrama kuat mengajak ku menonton drama Korea
Yang kukebas dari sahabat ku
Apakan daya diriku yang lemah ini untuk melawan bisikannya
Ku katakan pada diriku tuk mengulangkaji di pagi hari nanti
Tapi, apakan daya, tepat jam 4 pagi baru ku tidur
Sudah semestinya liat dan sukar untuk ku bangkit di pagi hari keesokkannya..
Kusangkakan panas hingga ke petang
Rupa-rupanya hujan di tengah hari
Ku fikir waktu PAKK pada jam 11
Mungkin ada saki baki waktu untuk ku mengulangkaji
Malangnya, tepat jam 7.28 pagi
Ku mendapat mesej daripada PA PAKK "kelas kat bawah pagi ni" 
Ya! PAKK di waktu first sekali pukul 8
Sungguh kaget diriku
Sungguh tak tersangka dimindaku akan hal ini
Ooooohhh betapa bodohnya diriku ini
Melengah-lengahkannyaaa
Seperti yang dijangkakan, akulah yang terakhir tiba di kelas
Nasib baik Allah SWT masih mengasihi ku
Alhamdulillah ku ucapkan
Pensyarah ku masih belum menjejakkan kaki ke dalam kelas
Ku mulakan ujian dengan Bismillah
Hanya tawakal yang bisa kulakukan kini
Berdoa kepada Yang Maha Esa
Agar markah ku tidak menggambarkan sikap ku
In sya Allah......
 
 
Glosari: GP=Guru Pelatih, PAKK=Pendidikan Awal Kanak-kanak, PA=Personal Assistant



Sunday 29 September 2013

Those Little People Who Make Me Feels Old..

Little treasures of my family.








Bunga-Bungaku yang Disayangi Dan Dirindui

Sahabat-sahabatku yang kuanggap sebagai bunga yang sentiasa harum semerbak mewangikan kehidupanku.




Refleksi untuk Kemahiran Belajar (GKB1053)


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya siapkan kerja kursus Kemahiran Belajar dengan jayanya. Dalam usaha saya untuk menyiapkan kerja kursus ini, terdapat pelbagai halangan yang telah saya tempuhi dan pengalaman berharga yang saya peroleh. Pengalaman yang saya peroleh dalam menyiapkan kerja kursus ini sedikit sebanyak menjadikan saya seorang insan yang lebih berpengetahuan dan berfikiran kritis.

Saya telah membuat satu blog kerana ingin menepati syarat kerja kursus untuk mata pelajaran Kemahiran Belajar (GKB1053). Sepanjang penubuhan blog ini dilakukan, terdapat banyak pengalaman yang dapat saya dan rakan-rakan timba. Sesungguhnya, pengalaman tersebut sangatlah penting dan bermakna kepada kami. Belajar membuat blog mengajar kami cara untuk mendekatkan diri kami dengan dunia teknologi kini yang berkembang pesat dan pantas. Kami harus pandai mencari maklumat dengan hanya menekan papan kekunci. Contohnya, bukan senang untuk katak dalam tempurung seperti kami untuk menambah 'widget-widget' ke dalam blog kami agar lebih menarik. Oleh itu, kami haruslah rajin mencari laman-laman sesawang yang ada menyediakan cara-caranya. Selain itu, kami juga saling bekerjasama membantu dan mengajar sesama kami agar sama-sama dapat mencantikkan dan memperhebatkan blog masing-masing.

Kami sedar jika kami tidak belajar untuk keluar dari tempurung, kami akan sentiasa tidak berkembang seiring dengan kemodenan negara dan akan jauh ketinggalan berbanding orang lain. Kami juga sedar, anak-anak kampung seperti kami hendaklah turut bangkit mempelajari ilmu teknologi ICT agar dapat mencapai taraf yang sama seperti orang lain yang hidup di bandar. Sesungguhnya kemahiran ICT sangat penting bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tetapi turut penting dalam kehidupan moden kini yang mana semua maklumat boleh diakses di hujung jari dan dunia kini tanpa sempadan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Hamzah bin Dollah atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh kerja kursus ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang banyak menyokong serta rakan-rakan yang banyak berkongsi pengalaman dan idea-idea bernas dalam penubuhan blog ini.

Antara masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa. Sebagai seorang bakal guru, pengurusan masa merupakan perkara penting yang saya harus kuasai terutamanya jika hendak menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang telah ditentukan. Masa yang telah diperuntukkan untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah selama sebulan. Masa tersebut sebenarnya mencukupi, namun tanpa pengurusan masa yang baik, banyak masa berharga telah terbuang begitu sahaja. Hal ini demikian kerana dalam tempoh pelaksanaan tugasan ini, saya leka dengan hiburan yang ada di sekeliling saya seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Disebabkan itu, saya sering menangguhkan tugasan saya ke masa yang lain. Setelah saya sedar betapa pentingnya untuk saya menyiapkan tugasan ini demi kepentingan diri sendiri, saya mengambil jalan penyelesaian dengan membahagikan masa untuk membuat kerja kursus dengan masa untuk berehat dan belajar. Akhirnya, saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. 

            Selain, itu, saya telah mendapat banyak maklumat baru yang selama ini saya tidak pernah tahu. Saya boleh memanfaatkan ilmu baru tersebut kelak apabila saya telah berjaya menjadi seorang pendidik. Sesungguhnya, ilmu yang saya perolehi itu tidak akan saya sia-siakan. Tambahan lagi, saya dapat meningkatkan penguasaan saya dalam menggunakan aplikasi di komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Office Power Point dan Microsoft Office Excel dan  kerana selama ini saya hanya mengetahui asas penggunaan aplikasi tersebut.